Blogger Widgets

CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)


                                    Cardiopulmonary resuscitation (CPR) 


                                           
                                                                          CPR dilakukan pada patung ujian.

Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa InggerisCardiopulmonary resuscitation CPR) adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam atau di luar hospital.
CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak terlatih.
CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalamotak dan jantung. CPR boleh menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk menjayakan resusitasi tanpakerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukanasistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi. Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.