Blogger Widgets

CPR UNTUK DEWASA

                                    CPR UNTUK DEWASA



Resusitasi Kardio Pulmonari yang awal adalah didalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti.
CPR termasuk pernafasan bantuan mulut ke mulut atau pernafasan bantuan cara lain.Dan tekanan dada.Dengan cara inin darah yang mengadungi oksigen akan mengalir terus keotak dan organ-organ yang penting.

Jantung terhenti menyebabkan mangsa pengsan dalam beberapa saat.
Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera.Jika cepat melakukan CPR,defibrilasi,mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.

CPR hanya boleh dilakukan pada 2 perkara.
1.Pernafasan terhenti.
2.Jantung terhenti.

PUNCA PERNAFASAN TERHENTI.
1.Lemas.
2.Keracunan.
3.Tercekik.
4.Tehidu asap beracun.
5.Renjatan elektrik.
6.Strok.

PUNCA JANTUNG TERHENTI.

1.Sakit jantung.
2.Jantung bengkak.
3.Denyutan dan rentak jantung tidak normal.

CPR. TIDAK BOLEH DILAKUKAN.
>Mangsa telah kaku dan kejang.
>Mangsa cedera teruk dibahagian dada,leher dan kepala serta muka.
>Tiada kebenaran waris.
>Mangsa telah mati.
>Bayi kurang daripada 200gm atau kurang daripada 3 bulan.

APA KAH YANG MENYEBABKAN SALURAN UDARA TERSUMBAT.

Bahaya halangan pada saluran udara amatlah meruncing jika sesaorang itu tidak sedar,lebih-lebih lagi jika dia baring dengan muka keatas.
Apabila seseorang itu tidak sedar,otok-otok rahang tenang dan lidah berundur dan menyumbat tekak.Selain itu muntah misalnya akan terkumpul dibelakang tekak yang juga boleh menyumbat saluran udara mangsa.

CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas ABCs of CPR.

Airway(saluran pernafasan)Breathing(pernafasan)Circulation(edaran darah)

LANGKAH BANTUAN KECEMASAN UNTUK MANGSA KEMALANGAN JALAN RAYA.

1.Pastikan keadaan sekeliling selamat.
2.Panggil mangsa atau tepuk bahu beberapa kali untuk memastikan dia sedar atau tidak.
3.Jika mangsa tidak sedarkan diri ini menandakan keadaan mungkin serius dan hubungi talian 999 untuk mendapat kan ambulan dengan segera.
>Sementara ambulan sampai lakukan langkah 1,2,3 .
>Jika mangsa sedar,cuba berkata sesuatu kepadanya untuk memestikan dia mampu bercakap kerana apabila mangsa bercakap,peredaran udara akan berlaku.maknanya udara akan masuk kedalam paru-paru dan otak.

Jika mangsa tidak sedarkan diri cuba buka saluran pernafasannya dengan mendongakkan kepala ke atas dan lihat tanda pernafasan.
Anda perlu mengosongkan saluran udara mangsa ,mungkin saluran udara tersumbat misalnya oleh gigi yang patah,lumpur,atau muntah.