PENGENALAN - PBSM
Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi
meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli
sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM, pelajar akan
didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama
ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.
Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip
pertolongan cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat .
Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran
berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada
peringkat lanjutan.
Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak
Pasukan bantuan sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan
merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di
dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah tamat pengajian.