Blogger Widgets

Saturday 20 April 2013

                                   PENGENALAN - PBSM

Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM, pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan rawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas. 
Melatih para pelajar supaya memahami prinsip-prinsip pertolongan cemas untuk kegunaan diri, keluarga dan masyarakat .
  Melatih para pelajar supaya mempunyai kemahiran berkaitan dengan perkhidmatan pertolongan cemas dan bantuan bencana alam pada peringkat lanjutan.
  Melahirkan ramai pelajar atau jurulatih bagi pihak Pasukan bantuan sukarela, PBSM yang mampu mengembang, membentuk, memimpin dan merancang kegiatan kesukarelawan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan di dalam kampus dan juga luar kampus khususnya setelah tamat pengajian.